Program Vaksinasi Ayam



Vaksin Ayam Marzuq

PROGRAM VAKSINASI AYAM KAMPUNG

Tujuan program vaksinasi adalah untuk meningkatkan imunisasi untuk menahan serangan penyakit. Penyakit umum yang menjangkiti ayam secara amnya seperti penyakit berjangkit bronkitis, gumboro atau penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian kepada ayam. Penyebaran penyakit boleh terjadi oleh banyak faktor antaranya melalui percampuran dengan ayam yang berjangkit, melalui bekas makanan dan minuman, juga boleh melalui udara atau orang yang mengunjungi kawasan ladang.
Untuk mengurangkan risiko merebaknya penyakit secara serius, penternak perlu menjalankan program vaksinasi  ayam kampung. Pemberian vaksin perlu sesuai dengan umur ayam. Pada umumnya pemberian vaksin diberikan mulai umur 1-3 hari hingga ayam berumur 120 hari (4 bulan). 

#Peringatan : minima satu minggu sebelum masa penyembelihan sebaiknya pemberian vaksinasi dihentikan agar daging terbebas dari kesan vaksin
Berikut program cadangan vaksinasi Ayam Kampung:

UMUR (HARI)
VAKSIN
TUJUAN
1-3
NDIB 01
(B1 Strain)
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)
10
GAMBORO
Mencegah penyakit Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
21
NDIB 02
(LaSota Strain)
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan ID (Infectious Bronchitis)
30
Medivac Avian Influenza (A.I)
#Tidak diperlukan di Malaysia dan negara yang bebas A.I
Mencegah penyakit selesema burung
60
NDIB 02
(LaSota Strain)
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan ID (Infectious Bronchitis)
120
*
*

Kebanyakannya pada umur 60 hari ayam sudah boleh disemelih. Untuk ayam yang disembelih pada umur 60 hari, maka vaksinasi hanya sampai umur 30 hari saja, atau dilakukan satu minggu sebelum masa disembelih. Jika pemeliharaan ayam kampung hingga berumur 120 hari maka pemberian vaksin pada umur 60 hari tetap dilakukan.

MyVac 201
Myvac 201 is combined Newcastle Disease and Infectious Bronchitis vaccine in freeze- dried form containing B1 Strain of Newcastle Disease Virus and H120 type strain of Infectious Bronchitis for active immunization against Newcastle Disease and Infectious Bronchitis Disease

MyVac 202
MyVAC 202 is combined Newcastle Disease and Infectious Bronchitis vaccine in freeze-dried form containing LaSota Strain of Newcastle Disease Virus and H120 type Strain of Infectious Bronchitis for active immunization against Newcastle Disease and Infectious Bronchitis Disease.


 

PROGRAM VAKSINASI AYAM PENELUR

Tujuan program vaksinasi adalah untuk meningkatkan imunisasi untuk menahan serangan penyakit. Penyakit umum yang menjangkiti ayam secara amnya seperti penyakit berjangkit bronkitis, gumboro atau penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian kepada ayam. Penyebaran penyakit boleh terjadi oleh banyak faktor antaranya melalui percampuran dengan ayam yang berjangkit, melalui bekas makanan dan minuman, juga boleh melalui udara atau orang yang mengunjungi kawasan ladang.
Program vaksinasi ayam penelur memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti kerana penternakan ayam penelur memerlukan masa minimum 20 minggu untuk mendapat hasil pertama kerana ketika itu ayam baru matang untuk mengeluarkan telur. Selain itu, ayam penelur amat sensitive kerana jika terdapat masalah kepada tahap kesihatannya produksi telurnya tidak akan mencapai pada tahap yang optimum.

Berikut program cadangan vaksinasi Ayam Penelur:

UMUR
VAKSIN
TUJUAN
1-3 Hari
IB
Mencegah penyakit IB (Infectious Bronchitis)
4 Hari
ND dan GUMBORO
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan  Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
7 Hari
GUMBORO
Mencegah penyakit Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
18 Hari
ND
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)
21 Hari
GUMBORO
Mencegah penyakit Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
30 Hari
IB
Mencegah penyakit IB (Infectious Bronchitis)
35 Hari
ND
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)
6 Minggu
ILT
7 Minggu
SNOT dan FOWL POX
Mencegah penyakit SNOT (lendir dalam salur pernafasan) dan Fowl Pox (juga dikenali sebagai sorehead, avian dhypteria atau adalah penyakit cacar)
8 Minggu
ND
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)
9 Minggu
ND dan IB
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)
12 Minggu
ILT
Mencegah penyakit ILT (Infectious laryngotrachetis)
14 Minggu
ND dan IB
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)
15 Minggu
SNOT
Mencegah penyakit SNOT(lendir dalam salur pernafasan)
16 Minggu
ND,IB dan EDS
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease), IB (Infectious Bronchitis) dan EDS (Egg Drop Syndrome)
20 Minggu
ND dan IB
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)

Catatan:
      -Vaksinasi Marek Disease diberikan di ladang pembaka
-Vaksinasi ND (Newcastle Disease) diberikan setiap 5-7 minggu




PROGRAM VAKSINASI AYAM PEDAGING

Tujuan program vaksinasi adalah untuk meningkatkan imunisasi untuk menahan serangan penyakit. Penyakit umum yang menjangkiti ayam secara amnya seperti penyakit berjangkit bronkitis, gumboro atau penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian kepada ayam. Penyebaran penyakit boleh terjadi oleh banyak faktor antaranya melalui percampuran dengan ayam yang berjangkit, melalui bekas makanan dan minuman, juga boleh melalui udara atau orang yang mengunjungi kawasan ladang.
Program vaksinasi untuk ayam pedaging agak kurang berbanding jenis ayam lain kerana kitaran hidupnya anggaran hanya 5 hingga 6 minggu ( 35-42 hari) sahaja. Akan tetapi amat penting setiap ayam pedaging diberikan vaksin kerana normalnya penternakan ayam pedaging dijalankan secara kapasiti besar- besaran di seluruh dunia. Jika terdapat penyakit berjangkit menyerang, kesannya akan menyebabkan kerugian yang amat besar serta kesannya boleh menyebabkan risiko kekurangan bekalan ayam berlaku kepada negara terlibat.

Berikut program cadangan vaksinasi Ayam Pedaging:

UMUR (HARI)
VAKSIN
TUJUAN
1
ND dan IB
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)
14
Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
Mencegah penyakit Gumboro
16-18
ND (Newcastle Disease)
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)
18
Gumboro (Infectiours Bursal Disease)
Mencegah penyakit Gumboro
28
ND (Newcastle Disease) Lasota strain
Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)

1 comment:

Powered by Blogger.